Kecemerlangan Pendidikan

Tatacara Penggunaan Instrumen Pemilaian Perubahan PSKA - Projek Pemindahan Ilmu kepada Komuniti (MyRA)

title bar 80

  1. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menilai keberkesanan program, satu borang penilaian akan diedarkan kepada para peserta bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas terhadap pelaksanaan aktiviti yang dijalankan. Maklum balas yang diperoleh amat penting bagi menilai sejauh mana objektif program telah dicapai, serta menjadi rujukan untuk penambahbaikan program pada masa akan datang.

  2. Keperluan jumlah borang penilaian ditentukan mengikut jumlah keseluruhan peserta program.

  3. Bagi penggunaan borang kuantitatif, ketetapan berikut diguna pakai:

    1. Program dengan kurang daripada 50 orang peserta: Seramai 50% daripada jumlah peserta perlu dipilih secara rawak sebagai wakil responden.

    2. Program dengan lebih daripada 50 orang peserta: Sekurang-kurangnya 30 orang responden diperlukan untuk memberikan maklum balas melalui borang penilaian yang disediakan.

  4. Bagi penggunaan borang kualitatif pula, sekurang-kurangnya 5 hingga 10 orang peserta diperlukan untuk memberi maklum balas secara lebih mendalam terhadap pelaksanaan dan keberkesanan program.

  5. Kaedah penentuan responden ini dibuat bagi memastikan pandangan yang dikumpulkan bersifat mewakili dan seimbang. Sepanjang proses ini, pengedaran dan pengumpulan borang dilaksanakan secara telus.

  6. Data dan maklumat yang diperoleh perlu dianalisis bagi menilai perubahan dalam aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA) peserta selepas menyertai program.

logo rimc 2025

Aras 2, Blok Akademik 1, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
rimc@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup