Info Korporat

Kata Alu-aluan Pengarah

title bar 80

بِسْمِ ٱلٰلَّ ٱلرّحْ منِ ٱلرّحِيمِ

Alhamdulilah segala pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan Semesta Alam, yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada seluruh umat manusia. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RIMC) Universiti Islam Selangor (UIS) berperanan menguruskan aktiviti penyelidikan yang berimpak tinggi serta berkualiti. Penyelidikan yang dilaksanakan bertujuan melahirkan para akademia yang diiktiraf serta diberi kepercayaan bagi menyumbang manfaat serta kepakaran di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Universiti Islam Selangor (UIS) sangat menghargai segala sumbangan serta komitmen para penyelidik di UIS dalam meningkatkan produktiviti, kuantiti dan kualiti hasil penyelidikan. RIMC sentiasa berusaha ke arah meningkatkan perkhidmatan bagi mencapai kecemerlangan holistik dalam aspek penyelidikan dan inovasi di UIS.

Penekanan turut diberikan terhadap kolaborasi penyelidikan dengan pelbagai instituti pengajian tinggi, agensi, swasta dan awam, industri serta badan bukan kerajaan bagi melebarkan jaringan akademik sekaligus meningkatkan visibility UIS. Budaya penyelidikan dan inovasi di UIS perlu terus diperkasa bagi mencapai matlamat Universiti Islam Selangor (UIS) untuk membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

Saya berharap kualiti dan kuantiti penyelidikan dan inovasi para penyelidik UIS dapat ditingkatkan dari masa ke semasa selari dengan moto Universiti Islam Selangor (UIS), Peneraju Tradisi Ilmu.Selamat melayari laman web RIMC dan diharapkan maklumat yang disediakan dapat membantu kelancaran aktiviti penyelidikan semua.

Jazakumullah khairal jaza’

Profesor Madya Dr. Mariam binti Abd. Majid
Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RIMC)
Universiti Islam Selangor (UIS)

 

logo rimc 2025

Aras 2, Blok Akademik 1, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
rimc@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup